Doa Yang Mudah Namun Terbaik


Doa Yang Mudah Namun Terbaik 

Do'a yang POWER.


‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً

 Allahumma inni as aluka al-'afiyah.

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kpd Nabi (S.A.W) datang kepada Nabi (S.A.W) dan berkata : "Ya Rasulullah, ajarkanlah aku do'a," katanya.

Nabi lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku, bacalah :

 ‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة

Allahumma inni as aluka al-'afiyah.
(Ya Allah, aku memohon kepada MU 'afiyah).

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Afiyah..???

'Afiyah bermaksud :
"Untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yg menimpa".

  • Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam 'afiyah.
  • Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam 'afiyah.
  • Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam 'afiyah.
  • Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dalam 'afiyah.
  • Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah.

Jadi, pada asasnya 'Afiyah itu bermaksud :
"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".
Ini termasuk untuk di dunia dan di akhirat.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kepada Nabi (S.A.W) selepas beberapa hari lalu dia berkata :

"Ya Rasulullah, do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar."

Nabi (S.A.W) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk 'Afiyah, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada 'afiyah. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik."

Yang Benar adalah setiap yg bermakna dari apa yang anda katakan (pohon) ketika berdo'a.

"Ya Allah, aku memohon kepada-MU agar aku selamat daripada sebarang kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah ENGKAU menguji aku dan lain-lain yg berat."

Semua ini termasuk di dalam "Allahumma inni as aluka al-'afiyah"

~ (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)


Semoga bermanfaat..


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Doa Yang Mudah Namun Terbaik"

Post a Comment