Kenali Sukuk


  APA ITU SUKUK  

Sukuk adalah merupakan satu nama pada sijil kewangan yang seakan sama dengan surat hutang Islam. Sukuk juga boleh didefinisikan sebagai sijil bernilai dengan sebahagian atau keseluruhan dari pemilikan harta dalam mendapatkan hasil dan jasa dalam kepemilikan aset ataupun sukuk adalah surat yang berharga yang sangat sesuai dengan syariah Islam yang berprinsip melarang pembayaran riba. 

Permintaan terhadap sukuk semakin memberangsangkan kerana ianya telah berkembang dengan begitu pesat dan menjadi antara peluang pelaburan yang menawarkan risiko yang rendah, pendapatan yang tetap serta berlandaskan syariah. Sukuk juga boleh dikenali dengan nama Bon Patuh Syariah dan terdapat persamaan antara sukuk dengan bon konvesional seperti mempunyai tempoh matang, kupon profit dan boleh dijual beli pada harga hasil. 

Walau terdapat persamaan antara sukuk dengan bon konvesional namun perbezaan juga adalah amat ketara iaitu bon konvesional adalah merupakan klaim seseorang pelabur pada aliran wang di masa hadapan kepada pihak yang mengeluarkan bon.


  KELEBIHAN SUKUK  

Boleh Dicapai Warga Umum
Melalui dana sukuk yang dilaburkan, siapa pun boleh membantu membiayai anggaran negara, memperluas portfolio pelaburan, dan menjamin tertib pengurusan & pengelolaan Barang Milik Negara & Persendirian (Awam)

Mudah & Cepat untuk Dicairkan
Pelabur sukuk dapat menjual sekuriti ke pasaran ke dua pada bila-bila masa yang diinginkan untuk mendapatkan hasil sesuai dengan sijil yang dimiliki

Risiko Relatif Kecil
Calon pelabur Sukuk bebas memilih portfolio yang sesuai dengan profil risiko yang diinginkan. Risiko dalam sukuk juga tidak boleh untuk dimanipulasi kerana keuntungan dan kerugian dalam sukuk bergantung kepada aset nyata yang nilainya dapat dibuktikan.


  Perbezaan SUKUK dan BON KONVENSIONAL  

SUKUK
Kaedah pengiraaan untung adalah serupa dengan bon konvesional, tetapi di dalam kontrak sukuk, tuntutan seorang pelabur bukan pada aliran tunai semata-mata. Wang yang dijana daripada terbitan sukuk akan digunakan untuk membeli asset. 

Kontrak sukuk mesti memerlukan jaminan bahawa wang yang dijana daripada pelabur digunakan untuk membeli asset yang mana keuntungan pelabur datang daripada asset tersebut. 

BON KONVENSIONAL 
Tuntutan pelabur pada aliran wang di masa hadapan kepada pihak yang menerbikan bon tersebut. Tiada jaminan asset yang boleh dicagar untuk mendapatkan semula modal pelaburan.


  JENIS-JENIS SUKUK  


Sukuk Ijarah 
Sukuk ini adalah berdasarkan kepada pembelian atau penyewaan sesuatu aset melalui kontrak, bayaran sewa dan lain-lain lagi. Ianya adalah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan ciri-ciri asas pada sukuk ini ialah penekanan kepada kontrak yang mana pemegang sijil kontrak adalah bukan pemilik aset tersebut. Manakala sewaan pula adalah melibatkan orang ketiga.


Sukuk Mudharabah 
Sukuk Mudharabah adalah merupakan sukuk yang berkaitan dengan pelaburan dan pemilikan ekuiti Mudharabah merupakan pemilik aset. Pemilik aset akan menyerahkan kepada pihak yang ketiga bagi bertanggungjawap dalam menguruskan aset tersebut. Manakala apabila mendapat keuntungan, maka ianya akan dibahagikan berdasarkan kepada persetujuan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Tujuan sukuk ini adalah bagi menggalakkan peningkatan dalam penyertaan diri dalam projek-projek yang mempunyai pelaburan yang besar.

Sukuk Musyarakah 
Sukuk Musyarakah adalah merupakan sukuk pelaburan yang melibatkan perwakilan ekuiti Musyarakah yang bermaksud perkongsian pemilikan yang melibatkan lebih dari dua orang individu dalam menubuhkan sesuatu perniagaan. Pembahagian keuntungan atau pun kerugian adalah berdasarkan kepada kadar pemilikan ekuiti. Tujuan sukuk ini adalah untuk mendapatkan dana dalam sesuatu projek dan juga mengembangankan kepada projek yang sedia ada.

Sukuk Salam 
Sukuk Salam pula menerangkan sijil pelaburan yang diterbitkan pada nilai yang sama dan bertujuan dalam menggerakkan modal atau dengan kata lain, pemegang sijil akan mengeluarkan modal terlebih dahulu dan akan diperolehi pada waktu-waktu yang tertentu yang telah ditetapkan. Pemegang-pemegang sijil berhak ke atas pelaburan yang diceburi itu. Takaful Takaful merupakan satu bidang insurans yang berasaskan kepada hubungan persaudaraan Islam, saling rasa tanggungjawab dan saling bekerjasama dikalangan peserta. Konsep insurans ini boleh dibezakan apabila dibandingkan dengan insurans konvensional kerana takaful menerapkan konsep keikhlasan dan tabarru’.


  PELABURAN SUKUK DENGAN SUKUK.BIZ  

  • Agreement minima adalah 1 bulan
  • Minima pembelian saham ekuiti adalah RM6,000
  • Perkongsian keuntungan berdasarkan syariah antara 4% ke 12% (purata prestasi syarikat adalah 7% - 8%)




  QUESTION & ANSWER  

Adakah untung perniagaan di bayar keseluruhan apabila tamat kontrak atau bulanan?
Dibayar bulanan. Terpulang kepada anda untuk withdraw berapa amount yang diinginkan daripada keuntungan tersebut. Apabila tamat kontrak, modal dikembalikan.

Adakah wajib setiap pemegang SUKUK membayar zakat ?
Tidak. Ia adalah pilihan. Kerana syarikat telah membayar ZAKAT SAHAM. Ia terpulang kepada pemegang SUKUK di atas kapasiti peribadi. Syarikat memudahkan urusan pembayaran kerana mempunyai talian.

Saya melihat website ini lengkap dengan penerangan SUKUK, tetapi tidak untuk portfolio perniagaan.
Seperti syarikat kewangan dan bank lain, kami tidak 'publicly' paparkan syarikat-syarikat dan perniagaan yang ada. Hanya pemegang SUKUK akan dapat akses dan melihat dengan lengkap portfolio mereka dan syarikat-syarikat di dalam akaun Online Pocket masing-masing.

Apakah Pengesahan & Keselamatan SUKUK?
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Duti Setem dikenakan ke atas surat cara dan belian SUKUK. Surat cara didefinisikan sebagai setiap dokumen bertulis dan pada amnya duti setem dikenakan ke atas surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan. Surat cara yang dikenakan duti adalah surat cara yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949. Orang yang dikenakan duti adalah orang seperti yang disenaraikan di bawah Jadual 3 Akta Setem 1949. Taksiran dan Pungutan Duti Setem diperuntukkan di bawah undang-undang statut yang dikenali sebagai Akta Setem 1949.

Duti dan pengesahan dikenakan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam surat cara atau nilai pasaran yang berkaitan. Duti ad valorem (mengikut nilai) boleh dikenakan ke atas:
Surat cara pemindahan (secara jualan atau hadiah) hartanah termasuk sekuriti yang boleh dipasarkan (iaitu stok pinjaman dan saham syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia Berhad), saham-saham syarikat yang lain dan harta tak ketara contohnya hutang buku, hak disisi undang-undang dan nama baik 

Surat cara yang mewujudkan kepentingan ke atas harta seperti penyewaan dan pajakan berkanun
Surat cara yang menjamin bayaran dan bayaran balik wang termasuk surat cara yang mewujudkan kontrak untuk pembayaran atau tanggungan untuk pembayaran
Surat cara pasaran modal yang tertentu contohnya Nota Kontrak.
Tujuan adjudikasi / pengesahan LHDN adalah untuk memastikan sesuatu surat cara telah disetemkan dengan duti yang secukupnya. Surat cara yang tidak disetemkan dengan sempurna tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah.

Bagaimanakah SUKUK boleh memberikan pulangan ekuiti keuntungan kepada para pelabur ?
Lihat video ringkas ini berkenaan Pemegang Sukuk






Adakah video ringkas untuk lebih memahami SUKUK

Lihat video ringkas Sukuk

         


Penafian : Artikel ini disalin daripada website Sukuk.com semata-mata bertujuan sebagai catatan kepada pengarang

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kenali Sukuk"

Post a Comment