Pelaburan dengan PKKM


Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa wujud sebuah pertubuhan NGO di negara kita yang membuka peluang pelaburan kepada para ahinya yang menawarkan pendapatan pasif antara 10% hingga 15% sebulan secara sah dan terjamin. Pertubuhan yang dimaksudkan ialah PKKM (Pertubuhan Kebajikan Komuniti Malaysia)

Siapa PKKM?

Info PKKM

NAMA
1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama :PERTUBUHAN KEBAJIKAN KOMUNITI MALAYSIA
2. Pertubuhan ini bertaraf : KEBANGSAAN
3. No Pendaftaran syarikat : PPM-016-07-25112014
4. Nama perniagaan yang pertubuhan jalankan : PDK RESOURCES SDN BHD ( 1116026-U )
5. Panel Peguambela / Peguamcara : ( RAFIEE & SANI / LL.B ( Hons ) I.I.U.M )

TEMPAT URUSAN
Alamat berdaftar dan tempat urusan :
No 5-2, Jalan Dagangan 5, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

TALIAN
Pejabat : 04-5770011

KELAYAKAN
1. Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan
2. Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual , membeli , melabur ,menyewa , memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi

KUASA
Pihak pertubuhan mempunyai kuasa perlantikan yang penuh bagi mewujudkan ahli-ahli pertubuhan baru

KEAHLIAN :
1. Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut :
    - Kakitangan kerajaan
    - Kakitangan swasta
    - Syarikat
    - Persatuan
    - Pertubuhan

YURAN PERTUBUHAN / SIMPANAN PELABURAN :
1. Yuran bagi tahun pertama RM 100 harus dijelaskan apabila nama ahli diaktifkan.
2. Yuran bagi tahun kedua hanya RM 50.00 sahaja.

BENEFIT AHLI PERTUBUHAN :
1. Ahli pertubuhan layak menerima:
    - Sehelai baju pertubuhan
    - Khariat kematian RM3000


PELABURAN DALAM PKKM
Dengan kepakaran yang dimiliki PKKM menjalankan 2 aktiviti perniagaan, iaitu:
    - KOMODITI - Emas, Silver dan lain-lain
    - PROPERTIES/HATRANAH 

Ahli-ahli ditawarkan untuk menyimpan/melabur/rakan kongsi. Modal ahli akan dilabur dan pulangan keuntungan diberi selama 12 bulan berturut-turut pada kadar antara 10% hingga 15% sebulan. Keuntungan akan masuk ke akaun bank berdaftar milik ahli secara auto.Perjanjian yang dikeluarkan oleh penguam PKKM akan diberikan berserta BON JAMINAN (yang bakal boleh dituntut di mana-mana cawangan Maybank setelah tempoh matang (12 bulan). Contoh : 1 lot RM35,000 akan diberikan sijil bon yang bernilai RM35,000 apabila dituntut. Setiap ahli layak untuk memiliki beberapa unit pakej mengikut kemampuan. Bagaimanapun pihak Maybank hanya menetapkan kuota pelaburan sebanyak RM5 juta setiap setengah tahun kepada PKKM.

PAKEJ LOT PELABURAN
    - RM5,000
    - RM15,000
    - RM25,000
    - RM35,000

Proses pengaktifan akaun pelaburan ahli akan diaktifkan dalam masa 24jam selepas membuat deposit. Pelabur akan diberikan ID serta laman web bagi membolehkan mereka memantau perkembangan/keuntungan (daily trade) yang diupdate setiap hari.


SejarahAwal PKKM

Pertubuhan Kebajikan Komuniti Malaysia (PKKM) yang mementingkan kebajikan ahli ditubuhkan di Malaysia bermula dari Pulau Pinang dan kini sedang melebarkan sayap ke seluruh semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pertubuhan Kebajikan Komuniti Malaysia diluluskan pendaftaranya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 25 November 2014 dan telah diiktiraf sebagai satu badan NGO yang rasmi .



Visi Pertubuhan Kebajikan Komuniti Malaysia adalah membantu dan meringankan bebanan sara hidup ahli komuniti. Dengan melalui konsep kebajikan serta konsep sosial Pertubuhan Kebajikan Komuniti Malaysia mempunyai visi untuk memberi inspirasi kepada masyarakat terhadap nilai dan potensi impian, harapan serta diri yang mampu untuk merubah keadaan taraf hidup yang lebih baik . Sokongan disalurkan melalui pelbagai kaedah serta sumber untuk menjadikan impian dan harapan suatu kenyataan .

Bermula dengan satu kumpulan kecil yang ditubuhkan pada 1 Januari 2013 yang di pengerusikan oleh saudara En. Norhisham bin Hassan dan dipikul tanggungjawab bersama oleh En. Faruz Zainul Shah dan En. Mohamad Faizal bin Othman yang merupakan pengasas dan teraju utama (PKKM) serta dibantu oleh beberapa sahabat yang lain . PKKM juga telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia atas nama PDK RESOURCES SDN BHD ( 1116026) yang kini menjalankan satu perniagaan berbentuk Francais dan Simpanan berhemah untuk memupuk ahli serta masyarakat diluar sana agar menjadi usahawan yang berjaya serta mampu sekaligus menaikkan taraf ekonomi keluarga dan negara .

Pelbagai program disusun dan dirangka bagi merealisasikan impian bagi membantu sesama ahli komuniti. Dengan semangat ukhwah bersama, sokongan dari badan-badan NGO , Jabatan kerajaan , Jabatan swasta serta dari pelbagai segenap lapisan masyarakat menjadi sebab utama pertubuhan PKKM diwujudkan dan beserta doa dan harapan kita sesama insan semoga dengan apa jua hajat serta tindakan kita diberkati oleh yang Maha Esa . Amin . PKKM juga pernah dijemput oleh beberapa agensi agensi kerajaan , Persatuan Pengguna Negeri dan beberapa agensi pembanggunan usahawan untuk membantu usahawan usahawan kecil dan sederhana untuk lebih berdaya saing setaraf dengan usahawan global.

PKKM percaya dengan kekuatan para jemaah ahli dan semangat untuk sama sama membantu komuniti, kadar kemiskinan tegar akan dapat dikurangkan dan pelbagai kemudahan, teknologi baru dan inovasi dapat direncanakan. Dengan semangat yang berkobar dan harapan yang tinggi, serta sokongan keluarga dan rakan, PKKM telah berjaya menaiktaraf status kepada ( ROC ) , Non Profit Organization (NPO) dan Non Goverment Organazation (NGO) yang didaftarkan semula di Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Dan kini kami percaya dengan niat dan harapan semoga kita sesama ahli mampu bangun semula menaikkan taraf serta memperbaiki taraf ekonomi yang sedia ada dan sedia menyahut seruan kerajaan dan patuh serta sedia berubah ( 1 Malaysia ) .


Rangkaan 2017 - 2020


1- Sumbangan Perniagaan ( Kebenaran Perlembagaan Jabatan Pertubuhan Malaysia )
Sumber pendapatan daripada sumbangan ahli rakan kongsi terus ke Bursa saham Malaysia dijadikan sebagai pencetus pendapatan diatas hasil dagangan .

2- Jaminan Sumbangan Modal ( Sijil Jaminan Sumbangan Modal )
Bagi ahli yang memberi sumbangan perniagaan untuk diniagakan pihak pertubuhan mengambil inisiatif bagi menjamin sumbangan ahli tersebut dengan Jaminan sijil FD selama Setahun . Perjanjian B8 dilengkapi dimatikan setem LHDN dan sokongan peguam termasuk penyerahan sijil jaminan modal sumbangan. Ini penting demi menjaga reputasi dan keselamatan ahli dan juga pihak pertubuhan .

3- Sumbangan Tabungan Ehsan ( 5% Sumbangan Pertubuhan )
Sumbangan daripada pihak pertubuhan ke tabungan ehsan untuk kebajikan ahli-ahli pertubuhan .

4- Tabungan Ehsan ( 6 Peruntukkan Kebajikan Amal )
Ahli atau bukan ahli layak memohon sumbangan Ehsan seperti kecatatan kekal, kemalangan, penyakit kronik, kebakaran, tabung pendidikan dan hilang punca pendapatan.

5- Kebajikan Pendidikan ( Saluran Sumbangan Pendidikan )
Sumbangan terus melalui pejabat pendidikan negeri dan memilih sekolah/pelajar bestari dan dijadikan program anak angkat bagi pertubuhan dan ditanggung segala kos pendidikan dan kebajikan murid tersebut .

6- Kebajikan Perubatan ( Wisma Perubatan PKKM )
Mewujudkan wisma perubatan pada penggal akhir 2016 dan fokus kepada 4 penyakit kronik . Kelengkapan dialisis kepada pesakit buah pinggang , Darah tinggi , kencing manis dan jantung . Ahli di beri sumbangan perubatan berskala demi menjaga kebajikan beliau.

7- Perhotelan ( Pembangunan Perhotelan )
Mewujudkan 2 bangunan hotel dan kelengkapan kursus dan seminar bagi kakitangan kerajaan dan swasta . Keuntungan perniagaan perhotelan dibawa ke akaun selarasan pertubuhan untuk mewujudkan lagi sumbangan kebajikan dan tabungan ehsan .

8- Khariat kematian / Sumbangan ( Ahli dan Bukan Ahli PKKM )
Ahli yang meninggal dunia diberi sumbangan khariat sebanyak RM 2500 dan bukan ahli juga diberi kebajikan sumbangan daripada pihak pertubuhan sebanyak RM 500. Saluran ini bagi meringankan beban ahli keluarga tersebut di saat memerlukan .

9- AJK Negeri ( Ahli Jawantankuasa Kebangsaan )
Ahli boleh menyuarakan pendapat atau nasihat kepada AJK negeri masing2 untuk dibawa ke mesyuarat agung pada setiap tahun. ini penting bagi memastikan perjalanan pertubuhan lancar dan sentiasa ditambahbaik segala sistem dalaman dan perlembagaan tahunan.

Subscribe to receive free email updates:

4 Responses to "Pelaburan dengan PKKM"

  1. Masih wujudkah PKKM ni??..ramai pelabur yang masih menunggu pulangan modal yang dijanjikan termasuklah saya..

    ReplyDelete
  2. PKKM ini program scammer. Jgn terpedaya.. BNM atau BANK NEGARA MALAYSIA suda senarai hitam PKKM ni.

    ReplyDelete
  3. Jangan percaya...dengan janji2 manis..kalau sesiapa jumpa insan dalam gambar pkkm diatas tolong jangan percaya..tolong pulangkan duit orang yang terlibat...

    ReplyDelete
  4. Ada sapa2 tau perkembangan terbaru?

    ReplyDelete